KENALI ASPIRASI UKM

Perjuangan Aspirasi Konsisten Dengan Ilmu [2 November 2014]

Kuliah Evolusi Pemikiran dan Falsafah pernah membincangkan bagaimana perkembangan pemikiran manusia itu berlaku dan berubah bermula dari zaman purba sehinggalah ketamadunan pasca modern. Sejarah telah memerihalkan bahawa di awal ketamadunan yang wujud, ilmu itu dibina melalui kerangka ilmu teologi yang terkandung dalam kitab suci kuno masing-masing. Era Kenabian juga turut membawa risalah tauhid dan ilmu-ilmu keduniaan demi pembangunan bagi setiap umat. Perkembangan ilmu telah bermula dengan disiplin Ilmu Teologi yang mencorak pemikiran manusia ketika itu. Kemudian berkembang pesat dengan Ilmu Falsafah yang menggantikan Ilmu Teologi dan daripadanya telah berkembang biak ilmu sains sosial dan sains tabi'e. Kehadiran al Quran pula bukanlah menamatkan ilmu tersebut tetapi mengharmonikan disiplin ilmu ini yang berteraskan kepada Tauhid Ilahi.

Maka dalam dunia ini, perlunya kita merujuk kepada disiplin ilmu tertentu untuk menghuraikan kebenaran terhadap satu-satu fenomena yang berada di sekeliling kita. Al Quran dan Hadis sewajarnya menjadi pemandu daripada kesesatan ilmu. Namun begitu, seorang Muslim perlu memahami intisari yang dibawakan di dalamnya dengan panduan ulama dan bukannya tafsiran sendiri yang jahil.

Atas dasar ini, Urusetia Aspirasi UKM (Official) menjadi pejuang mahasiswa yang berteraskan ilmu dengan bawaan ikon dan figura yang berhasrat membebaskan mahasiswa dengan jiwanya merdeka dan akalnya yang rasional dan empiris. Saya sendiri pastinya akan mengulas politik kampus berdasarkan bidang Sains Politik. Manakala Noraini Hj Jahudal akan berhujah isu-isu ekonomi dan kerajaan sesuai dengan mahasiswa Ekonomi Islam dan Muhammad Farhan yang mendokong pembawaan isu nasional yang bersesuaian dengan statusnya sebagai mahasiswa jurusan Undang-undang. Inilah bukti bahawa kita memiliki ikon yang ingin membudayakan mahasiswa dengan ilmu yang dimiliki oleh mereka.

Kita mahukan mahasiswa yang berfikiran objektif dan intelek dan bukannya berfikiran dogmatik. Fikiran dogmatik menghalang mahasiswa dari memahami asas kebenaran ini. Apa yang dimaksudkan dengan pemikiran dogmatik? Pemikiran yang berbalik kepada 'ajarannya' secara membuta tuli apabila asas pendirian dan kepercayaannya dicabar dan mereka tidak mampu berhujah dengannya lagi. Maka agama menjadi topeng-topeng mereka untuk menutup kelemahan itu.

Wahai mahasiswa, merdekakan akal dan pemikiran anda dari dijajah!

"Pendaulat Sebuah Perjuangan"

Anis Anwar bin Suhaimi,
Majlis Perwakilan Pelajar 13/14,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Aspirasi Bawa Masuk Politik Luar ke Kampus [31 Oktober 2014]

Petang semalam, saya berjogging seperti hari-hari sebelumnya. Dalam 8 pusingan tanpa henti, saya secara tiba-tiba ditegur oleh pensyarah Sains Politik dan saya sambung 2 lagi pusingan bersama-sama beliau untuk meraikannya.
Ketika kami bersembang, persoalannya timbul dalam fikiran saya, adakah situasi ini antara kakitangan dan pelajar? pensyarah dan anak didik atau saudara sebangsa?
Persoalan ini mengingatkan saya kembali berkaitan dengan epistimologi PERANAN. Para sarjana Sosiologi & Antropologi menjelaskan bahawa peranan ini sebagai set tingkah laku yang membolehkan kita memahami dan mengagak perbuatan yang dilakukannya. Contohnya kita boleh mengagak tingkah laku seorang guru disiplin terhadap murid-murid bermasalah, tingkah laku doktor memeriksa pesakitnya.
Para sarjana juga mendalami makna peranan ini dengan pembahagiannya kepada ’set of role’ yg mana seseorang individu memiliki beberapa peranan yang berbeza dalam situasi yg tertentu. Misalnya peranan Abu sebagai doktor bila bertemu pesakitnya, peranan beliau sebagai suami bila berjumpa Minah dan peranannya sebagai Ayah bila bertemu Ahmad.
Kefahaman ini juga memberi penjelasan berkaitan dengan ’peranan’ yang dibawa oleh para panel ketika forum ’Drakonionkah Akta Hasutan’. Ketika forum berlangsung, mereka ini dipanggil dengan peranan ’peguam bela & peguam cara’ bagi Tuan Khairul Azam (Buzze Azam) dan sama juga halnya dengan DS Noh Omar.
UKM dan AUKU sendiri melarang mana-mana individu menggunakan set peranan ’politik luar’ ke dalam kampus. Tetapi masih ada set peranan lain yang dibenarkan baik dari badan eksekutif ataupun ’judiciary’. Maka jelas bahawa pembawaan Aspirasi dalam forum tersebut tidak melibatkan politik luar sebagaimana fitnah dan propaganda yang dibawa oleh sahabat-sahabat Gabungan Haram GMUKM.
Wahai mahasiswa, anda bijak berfikir dengan peranan sebagai ’mahasiswa’. Usah bersikap partisan sehingga menolak prinsip ilmu.

"Pendaulat Sebuah Perjuangan"

Anis Anwar bin Suhaimi,
Majlis Perwakilan Pelajar 13/14,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pidato Umum PMUM Bukan Cerminan Budaya Ilmu [30 Oktober 2014]
Semalam merupakan sekali lagi peristiwa luka yang memberi ketidak senangan kepada pelbagai pihak walaupun dari luarannya sangat mengujakan sesetengah pihak. Secara peribadi, saya tidak pernah menidakkan sebarang usaha untuk meningkat ilmu dalam kalangan mahasiswa/wi UKM.
Sebelum ini MPPUKM (PMUKM) pernah menganjurkan Pentas Mahasiswa di Pusanika untuk mengupas isu Hudud. Pada hemat saya, program tersebut berjalan dengan aman dan harmoni bahkan saya turut hadir memberikan sokongan. Tatkala itu juga, Mr. Presiden menjemput saya untuk memberi perkongsian. Namun malangnya, di saat saya berhujah dengan ilmu yang diperoleh melalui kuliah, mereka pula berhujah dan berdalil dari internet. Ya merekalah penuntut dan pejuang ilmu.
Namun perkara yang berlaku di Kiosk semalam sangat berbeza sama sekali.
1) Program ini sememangnya melanggar semangat perlembagaan dan faham demokrasi liberal. Tetapi mereka persetankan prinsip perjuangan itu. Pilihan ’matlamat menghalalkan cara’ yg dipopularkan oleh Machiavelli menjadi pedoman mereka.
2) Pada ketika itu juga berlakunya proses ’rundingan’ atas dasar kita ini orang Timur yang cintakan akhlak dan adab. Namun ketika proses itu berlangsung, kelihatan sirnanya sopan santun yang diterapkan dan.perasaan kasih dan reda jelas tidak terpampang dalam riak muka dua pihak. Di mana letaknya Islam sebagai rahmat?
3) Mereka mencanang kebebasan akademik untuk.mahasiswa telah disekat dek semalam. Namun mereka ini keliru antara ilmu dan berpolitik. Mereka yang jahil dengan asas politik tetapi berjuang di jalannya juga bukanlah di atas jalan kebenaran bahkan menyimpang dan sesat. Saya persoalkan, apakah intipati ilmu yang ditekankan semalam atau hanya sekadar laungan retorik untuk menjajah minda mahasiswa?
Say tahu bahawa post ini bakal mengundang reaksi dari pihak tertentu tetapi saya gagahkan diri untuk berhadapan kerana saya sayangkan anda semua  Saya tidak rela rakan-rakan saya terpedaya dengan dunia ilmu yang direka cipta Sang Manipulators.

Mahasiswa, anda berfikir dan menilai. Sedarlah dan janganlah terhijab dari kebenaran yang jelas di hadapan mata.

"Pendaulat Sebuah Perjuangan"

Anis Anwar bin Suhaimi,
Majlis Perwakilan Pelajar 13/14,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
heart emoticonSaya tidak rela rakan-rakan saya terpedaya dengan dunia ilmu yang direka cipta Sang Manipulator
Kenyataan NYDP MPPUKM (PMUKM) Tidak Mewakili MPPUKM (PMUKM) [28 Oktober 2014]

Saya mengucapkan taniah kepada NYDP PMUKM kerana cakna dengan isu rakan mahasiswa di UM. Namun begitu saya berikan teguran terbuka kepada beliau atas beberapa faktor.
1) Kenyataan beliau yang dilihat ’mewakili’ MPPUKM tidak pernah dibawa berbincang atau diisukan dalam mesyuarat rasmi MPPUKM.
2) Dalam negara demokrasi yang dibawa oleh Barat melalui faham Liberalisme, ’rule of law’ ini merupakan satu intipati yang mendasari demokrasi. Hakikat yang diperlihatkan adalah situasi yg berlaku ada sebaliknya di mana peraturan yang menjamin ’social order’ tidak dipatuhi. Ini sebenarnya kita sedang menuju ke arah anarki berbanding ’consolidation of democracy

Jadi kesimpulannya,
1) NYDP MPPUKM perlu memahami model demokratik dalam menjalankan tugas sebagai badan eksekutif pelajar, Majlis Perwakilan Pelajar. Kelemahan pimpina tertinggi ini menjadi contoh yang tidak baik sehingga wujud beberapa gerakan mahasiswa yang tidak memahami asas ini.
2) Maklumat yang didedahkan kepada umum berkaitan dengan isu yang berlaku ada sangat terhad. Tidak ada informasi yang khusus berkaitan dengan permohonan yang dibuat, procedural nya dan lain-lain. Untuk kita menjadi hakim, perlunya kita mendapatkan perbahasan terhadap maklumat dalam keadaan yang lengkap, jelas dan nyata.
Semoga kita semua mampu menjadi pelajar yang menghormati status ’mahasiswa’ yang melambangkan kemuliaan ilmu.

"Pendaulat Sebuah Perjuangan"

Anis Anwar bin Suhaimi,
Majlis Perwakilan Pelajar 13/14,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Uncover The Truth #02  [5 November 2014]

Kadang-kadang kesilapan manusia ini jelas menguji kesabaran kita dalam bertutur tetapi akal dan iman yang dikurniakan Ilahi ini mengharmonikan kecelaruan dan perselisihan dalam masyarakat. Kita bedah 1 per 1.

1) Bekas NYDP ini mengatakan wujud kelompok yang memberikan tentangan hebat terhadap penggunaan nama PMUKM dek kerana menafikan sejarah penubuhan. Permainan fitnah ini tidak akan berlaku sekiranya beliau pernah membaca artikel dalam Salah Laku GMUKM yang menghujah secara akademik berkaitan penggunaan nama MPPUKM dan juga YDP berbanding PMUKM & Presiden tanpa menafikan sejarah pencapaiannya.

2) MPPUKM merujuk kepada institusi keselurhannya MPP dan PMUKM itu badan eksekutif yang menjalankan pentadbiran. Saya bukan ingin bermain dengan istilah tetapi perlu fahami makna perkataan tersebut. MPP ini merujuk kepada Majlis manakala PMU merujuk kepada Persatuan Mahasiswa. Dua kata ini adalah merupakan entiti yang jelas merujuk kepada institusi yang menjadi badan eksekutif tersebut. Bezanya Majlis dan PM adalah skop kuasa dan kapasiti yang berbeza. Namun perkara ini tidak menjadi masalah sekiranya PM ini bererti Pemimpin Mahasiswa berbanding Persatuan Mahasiswa.

3) Pelantikan jawatan utama. Kalau diteliti penulisan beliau, wujud usaha mengelirukan mahasiswa dengan terus mengisukan pelantikan jawatan utama tersebut tanpa mampu menghuraikan perbezaan tadi dgn lebih mendalam. Namun pelantikan utama ini tiada masalah kerana sememangnya peruntukan.

4 Kaedah falasi pemikiran telah digunakan dengan melompat-lompat dari isu nama PMUKM - Jawatan utama - penubuhan biro. Bilamana mengatakan peranan biro ini mampu memberi fokus kepada masalah tertentu dan dapat diselesaikan melalui meeting, saya tertanya-tanya. Benarkan itu praktisnya? Sesiapa yang datang ’AGM PMUKM’ hari itu, pasti anda lihat sebenarnya keadaan sebenar adalah sebaliknya kerana biro hanya menumpukan kpd pelaksanaan program berbanding penyelesaian masalah kebajikan dan isu kebajikan telah dipusatkan kpd biro kebajikan. Mungkin beliau terkesan dengan komen saya sehingga ingin ’cover’ tetapi dapat dibedah juga.
4.5) Oleh sebab itu, saya menekankan bahawa MPPUKM perlu kembali kepada tugas hakiki dan bukannya pembentukan biro yang berbeza semangatnya dari Perlembagaan UKM. Bahkan JIKALAU benar sekalipun, tiada outline work yang menggariskan tugas biro dan kelemahan itu dilontarkan kepada kami secara berkias walaupun hakikatnya panggilan mesyuarat itu dilakukan secara tergesa-gesa dan tidak menimbang tara jadual ahli yang lain.

"Pendaulat Sebuah Perjuangan"

Anis Anwar bin Suhaimi,
Majlis Perwakilan Pelajar 13/14,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
UncoverTheTruth #01 [18 Oktober 2014]





Saya menjumpakan dua handbill ini yang mengandungi asas perjuangan rakan-rakan #GMUKM dan kata-kata semangat yang terdiri daripada ketua dari cabang GMUKM.

Saya melihat kejadian ini dari satu perspektif tunggal iaitu retorik dan praktis. 

Jikalau anda perasan, sahabat-sahabat GMUKM juga memiliki perjuangan yang murni serta memacu falsafah varsiti. Kalau dilihat sekilas pandang, kelihatan seperti benar tetapi cuba renungkan dengan teliti.

Bagaimana cara mereka.memacu falsafah varsiti? Adakah mereka benar-benar memahami acuan yang ingin dibina oleh UKM?

Adakah dengan bertentangan dengan sistem?

Adakah dengan berbezanya nilai etika dan kod moral?

Atau adakah dengan larinya dari sikap profesionalisme?

Anda bijak, anda menilai.

#sayastudentUKM


Anis Anwar bin Suhaimi,
Majlis Perwakilan Pelajar 13/14,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kuliah PRK 4: MPP dan Tugas [4 November 2014]


Majlis Perwakilan Pelajar merupakan nama rasmi yang baru dalam konteks UKM sebagai ganti nama yang sesuai kepada istilah Student Union dan Student Representative sebagai mana yang disebut dalam AUKU dan juga Perlembagaan UKM.

Peruntukan tugas juga telah dimaktubkan di dalamnya. Harus difahami sifat tugas yang dinikimati oleh setiap perwakilan :
1) non administration - tidak terlibat secara langsung dengan sebarang keputusan dasar yang dilakukan oleh pentadbiran dan pengurusan.
2) Teknikal - bertanggungjawab terhadap kebajikan pelajar dalam konteks kemudahan fasiliti dan bantuan.
3) Self-sufficient - memiliki kedudukan yang sama antara setiap MPP dan tidak ada perbezaan hieraki antara dua mpp melainkan kedudukan yang telah diinstitusikan iaitu YDP, NYDP, S/U & Bendahari.
Setelah memahami asas ini, maka ada beberapa perkara yang mampu menjustifikasikan tingkah laku satu satu MPP.

1- Manifesto yg melibatkan pentadbiran sehingga ke peringkat dasar. Ini memerihalkan ruang lingkup bidang kuasa yang tersasar. Sekiranya perkar ini berlaku, MPP sewajarnya kembali kepada asas bidangnya untuk mencapai hasrat manifesto tersebut dalam konteks skop kerjanya.
case study saya: kalau tidak boleh minta UKP perbaharui sistem maka MPP harus memudahkan proses sistem tersebut. Malangnya apabila ada MPP lain gagal melaksanakan sedemikian, maka mereka hanya terus menukar ayat manifesto dgn berkata, telah berbincang dgn pentadbiran la, ke arah itu la ke arah ini.

2 - MPP dalam institusinya telah dikelompokkan dengan biro2 tertentu yg mana jelas tidak menepati semangat perundangan yang mengiktiraf kuasa hakiki MPP. Akhirnya akan kelihatan ketua biro lebih berkuasa dari mpp berstatus ’ahli biro’ tersebut.
Penambahbaikan : perkara yang boleh dilakukan oleh barisan kepimpinan yang baru adalah dengan memastikan biro2 yg bakal ditubuhkan menepati KRA VC yg digagaskan sebagai hala tuju UKM dan mereka mampu menggariskan ’out line work’ agar gerak kerja MPPUKM ini berfokus dan tidaklah seperti sekarang.

"Pendaulat Sebuah Perjuangan"

Anis Anwar bin Suhaimi,
Majlis Perwakilan Pelajar 13/14,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kuliah PRK 3: Calon dan Tiket Pencalonan [19 Oktober 2014]


Sedar atau tidak sebenarnya ketika rakan-rakan ingin membuang undi, anda hanya akan melihat no. calon dan wajah calon sahaja. Tidak ada sebarang logo yang mengidentifikasikan seseorang calon terhadap kelompok tertentu. Mengapa?
1) Kalau la ada logo yang menjadi wakil kepada calon yang bertanding, maka anda akan melihat logo aspirasi sahaja dan calon-calon lain akan dihiasi dengan cop kunci dan mangga. Tiada logo GMUKM kerana mereka tidak berdaftar. Jika perkara ini berlaku, situasi ini tidak adil kepada semua calon.
2) Sememangnya ini merupakan peraturan pemilihan mpp (prk) yang menyatakan bahawa calon bertanding atas tiket peribadinya. Ini fakta tetapi apa hakikatnya ?
2.1) Wujud kelompok Aspirasi dan GMUKM ini adalah disebabkan fikrah pemikirannya. Perbezaan aliran pemikiran telah mewujudkan dikotomi ’us’ and ’others’ melalui kewujudan kelompok ini. Maka kemenangan satu-satu kelompok memberi indikator mazhab manakah yang menjadi aliran perdana di UKM ini di peringkat Mahasiswa prasiswazah.
2.2) Gerakan ini juga wujud dari segi praktisnya adalah sebagai tenaga sokongan bagi membantu calon. PRK ini memerlukan tenaga kerja yang banyak dan variasi dari segi publisiti, kain rentang, dan keperluan-keperluan lain. Situasi ini turut menjadi pendorong utama mengapa perlunya solidariti yang utuh.
kesimpulannya, saya harap agar sahabat-sahabat mahasiswa memahami teori dan praktis serta fakta dan hakikat fenomena bermusim ini. Akhir kata,"Sayangi GM Undi Aspirasi"


"Pendaulat Sebuah Perjuangan"

Anis Anwar bin Suhaimi,
Majlis Perwakilan Pelajar 13/14,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kuliah PRK 2: Peraturan & Partisipasi Politik [17 Oktober 2014]

Ada pihak yang mendakwa bahawa ruang demokrasi kita bukanlah model yang tulen bahkan melembapkan aktivis dari kalangan mahasiswa. Benarkah?
Saya beri analogi, ada gelas yg berisi air. Pihak A mengatakan, "Air di dalam gelas kurang separuh" manakala pihak B mengatakan, "air di dalam gelas lagi separuh nak penuh". Dua jawapan berbeza pada fenomena yang sama.
Maka dalam dakwaan di atas sebenarnya it is not what you receive but how do you perceive.
Kalau anda mengatakan sedemikian, maka ada wujud ruang penghujahan yang berpanjangan untuk mencabar kepercayaan anda.
Jadi saya tawarkan satu pandangan yang lebih mudah diterima umum. Sebenarnya ruang demokrasi terutama Politik Kampus bukanlah dipenuhi dengan sekatan tetapi suatu struktur yang diberikan (given structure).
Ianya bukan membatasi sifatnya tetapi memberi panduan. Jadi persoalan yang timbul, apa perkara (determinant) yang membina struktur ini? Jawapannya mudah iaitu terbahagi kepada dua faktor.
1) Batasan luaran - punca perundangan kita iaitu Akta Universiti & Kolej Universiti [Akta 30], Perlembagaan UKM & Tatacara UKM.
2) Norma - nilai sepunya yang dikongsi umum oleh masyarakat setempat seperti di Malaysia yg bersifat introvert, konservatif dan bersederhana telah membina struktur ini.
Maka, fahamlah kita bahawa apa sifatnya ruang demokrasi (politik kampus) yang ada pada kita hari ini iaitu kebebasan dan panduan. Serta fahamlah kita bagaimana struktur ruang ini telah dibina.
Sekian terima kasih.
Anis Anwar bin Suhaimi,
Majlis Perwakilan Pelajar 13/14,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
On 21:57 by Unknown
Sebagai seorang pelajar yang memegang identiti sebagai YDPPM, Sallehudin sepatutnya sepatutnya tidak mencapuradukkan kenyataan-kenyataan bersifat rojak. Ketika ucapannya dalam Majlis Penyerahan Watikah MPPUKM, beliau menganggungkan kebebasan akademik. Namun kenyataan ini dianggap tidak bersifat akademik. 1. Kenyataaan yang bersifat mengkritik parti politik tidak sepatutnya dicampurkan dengan isu banjir. Perkara ini jelas akan menyebabkan mahasiswa menjadi keliru dengan pendirian beliau sebagai mahasiswa. ketika semua pelajar dalam kesedihan khususnya pelajar di kelantan, tetapi beliau mengutarakan kenyataan seolah-olah tiada sebarang bantuan dari pentadbiran negara. Malah kenyataannya yang mengatakan bahawa UKM ini kawasan pembangkang juga tiada kene mengena dengan isu banjir. Malah sebagai mahasiswa kita juga harus menyalahkan GMUKM yang melakukan demonstrasi seperti pembangkang dengan cara menggunakan "patung jenazah". Tindakkan yang tidak diterima oleh sebahagian pelajar FPI itu bukan sahaja telah memburukkan nama universiti apabila gambar patung menjadi viral dan disebarkan oleh ahli GMUKM , malah telah mendapat tempias keritikan dan ketidakselesaan ibu bapa pelajar UKM. Maka. Urusetia Aspirasi mengharapkan. beliau segera memohon maaf diatas kesilapan yang sesungguh tidak disenangi oleh seluruh warga ukm itu dan tidak lagi mencampuradukkan perkara-perkara yang boleh menyentuh sesnsitiviti.


On 21:34 by Unknown


Kredibiliti seorang mahasiswa yang menunjangi kepimpinan tertinggi untuk menaungi keseluruhan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia adalah amat meragukan dan berada dalam keadaan yang sangat membimbangkan. Semakin lama kuasa itu dipegang tanpa wujudnya sebarang semak dan imbang bahkan keengganan menerima pendapat daripada pihak yang tidak sehaluan telah mengakibatkan penggunaan kuasa secara menyimpang dan zalim. Ini bukannya perkara yang boleh dipandang enteng tetapi perlu diberi perhatian yang serius atau tidak imej kepimpinan yang dibawa oleh keseluruhan Mahasiswa/wi UKM akan tercalar.

Selama ini, Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUKM) pro Aspirasi hanya mendiamkan diri terhadap ketirisan yang berlaku di bawah pimpinan Saudara Mustapha Kamil Husen bin Abd. Kadir. Pada hemat kami, beliau dan rakan-rakannya akan belajar daripada kesilapan berkaitan isu-isu pantadbiran dan pengurusan organisasi, pemisahan bidang kuasa pelajar dan pentadbiran, peruntukan bidang kuasa Majlis Eksekutif Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar bahkan etika dan profesionalisme kerja antara MPP dan juga pengurusan UKM. Kelemahan yang wujud ini bukan sahaja tidak mereka sedari bahkan berasa ego untuk membetulkan kesilapan mereka, walhal dalam MPP sendiri terdapat individu yang telah memegang mandat selama 2 penggal. Apakah yang mereka lakukan?





Hakikat yang lebih memilukan apabila seorang ketua juga tidak mampu memahami anak-anak buahnya yang lain sehingga satu bentuk sinergi hasil kerjasma antara semua MPP gagal dibina dan dibentuk. Apakah sebenarnya yang dikatakan ‘kepimpinan melalui tauladan’ apabila mereka seorang ketua ini gagal menunjukkan jalan yang baik? Majlis Perwakilan Pelajar Pro Aspirasi menyatakan setinggi-tinggi hasrat kepada pucuk pimpinan tertinggi MPPUKM (PMUKM) untuk kembali bermuhasabah diri sepanjang rejim pengurusan mereka ini. Lapangkanlah hati kalian untuk menerima nasihat.


"Memupuk Budaya Komuniti Varsiti Yang Ideal"

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2013/2014,
Universiti Kebangsaan Malaysia.