KENALI ASPIRASI UKM

Kuliah PRK 2: Peraturan & Partisipasi Politik [17 Oktober 2014]

Ada pihak yang mendakwa bahawa ruang demokrasi kita bukanlah model yang tulen bahkan melembapkan aktivis dari kalangan mahasiswa. Benarkah?
Saya beri analogi, ada gelas yg berisi air. Pihak A mengatakan, "Air di dalam gelas kurang separuh" manakala pihak B mengatakan, "air di dalam gelas lagi separuh nak penuh". Dua jawapan berbeza pada fenomena yang sama.
Maka dalam dakwaan di atas sebenarnya it is not what you receive but how do you perceive.
Kalau anda mengatakan sedemikian, maka ada wujud ruang penghujahan yang berpanjangan untuk mencabar kepercayaan anda.
Jadi saya tawarkan satu pandangan yang lebih mudah diterima umum. Sebenarnya ruang demokrasi terutama Politik Kampus bukanlah dipenuhi dengan sekatan tetapi suatu struktur yang diberikan (given structure).
Ianya bukan membatasi sifatnya tetapi memberi panduan. Jadi persoalan yang timbul, apa perkara (determinant) yang membina struktur ini? Jawapannya mudah iaitu terbahagi kepada dua faktor.
1) Batasan luaran - punca perundangan kita iaitu Akta Universiti & Kolej Universiti [Akta 30], Perlembagaan UKM & Tatacara UKM.
2) Norma - nilai sepunya yang dikongsi umum oleh masyarakat setempat seperti di Malaysia yg bersifat introvert, konservatif dan bersederhana telah membina struktur ini.
Maka, fahamlah kita bahawa apa sifatnya ruang demokrasi (politik kampus) yang ada pada kita hari ini iaitu kebebasan dan panduan. Serta fahamlah kita bagaimana struktur ruang ini telah dibina.
Sekian terima kasih.
Anis Anwar bin Suhaimi,
Majlis Perwakilan Pelajar 13/14,
Universiti Kebangsaan Malaysia.