KENALI ASPIRASI UKM
On 23:07 by Unknown
MPPUKM 2013/2014 yang pro-Aspirasi Mahasiswa menerima banyak aduan dan
permasalahan mengenai sistem pembayaran yuran melalui penggunaan kad
Bank Islam. Malah yang lebih membimbangkan, sesetengah pelajar terkejut
melihat jumlah yang perlu di bayar lebih besar berbanding jumlah yuran
sebenar.
Permasalahan ini bagaikan rantai yang perlu di kaji
terlebih dahulu tanpa menyalahkan mana-mana pihak. Setelah perbincangan
dan kata putus antara Anis Anwar dan Noraini selaku MPPUKM 13/14, mereka telah menghubungi pihak Bank Islam mengenai permasalahan ini
untuk meminta penjelasan akan punca dan juga merangka alternatif
terbaik.
MPPUKM 13/14 merangka beberapa alternatif yang terbaik bagi menyelesaikan masalah ini. antaranya:
* Pelajar perlu tahu dan hafal jumlah yuran perlu di bayar.
*
Setelah mengetahui jumlah yang perlu di bayar, pelajar boleh membayar
yuran dengan menggunakan “ATM Machine” dan mengunakan kad Bank Islam.
Beberapa pekara yang perlu di beri perhatian semasa membayar yuran
menggunakan alternatif ini adalah seperti berikut:
1. Pergi ke “lain-lain”
2. Pilih “Yuran IPT dan Bil-bil”
3. Pilh “Yuran IPT” dan tekan pada jumlah bayaran
4. Isikan jumlah YURAN SEBENAR.
5. Klik untuk bayar
Diharap
penjelasan ini mampu membantu dalam menyelesaikan masalah. MPPUKM 13/14 Pro-Aspirasi Mahasiswa akan sentiasa terus cakna akan kebajikan anda, malah bukan
meliputi satu skop sahaja tetapi secara holistik.
“MEMUPUK BUDAYA KOMUNITI VARSITI YANG IDEAL”
Search
Logo Rasmi
Manifesto Perubahan
Entri Popular
-
Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam merupakan satu biasiswa yang amat di tunggu-tunggu oleh pelajar yang memohon..namun sehingg...
-
Kredibiliti seorang mahasiswa yang menunjangi kepimpinan tertinggi untuk menaungi keseluruhan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia ...
-
MPP U K M 2013/2014 yang pro- Aspirasi Mahasiswa menerima banyak aduan dan permasalahan mengenai sistem pembayaran yuran melalui penggun...
-
Aspirasi Mahasiswa menyokong penuh usaha pencarian Felo Muda Dakwah oleh Pihak Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) . Aspiras...
Aspirasi UKM. Powered by Blogger.