KENALI ASPIRASI UKM

Aspirasi Bawa Masuk Politik Luar ke Kampus [31 Oktober 2014]

Petang semalam, saya berjogging seperti hari-hari sebelumnya. Dalam 8 pusingan tanpa henti, saya secara tiba-tiba ditegur oleh pensyarah Sains Politik dan saya sambung 2 lagi pusingan bersama-sama beliau untuk meraikannya.
Ketika kami bersembang, persoalannya timbul dalam fikiran saya, adakah situasi ini antara kakitangan dan pelajar? pensyarah dan anak didik atau saudara sebangsa?
Persoalan ini mengingatkan saya kembali berkaitan dengan epistimologi PERANAN. Para sarjana Sosiologi & Antropologi menjelaskan bahawa peranan ini sebagai set tingkah laku yang membolehkan kita memahami dan mengagak perbuatan yang dilakukannya. Contohnya kita boleh mengagak tingkah laku seorang guru disiplin terhadap murid-murid bermasalah, tingkah laku doktor memeriksa pesakitnya.
Para sarjana juga mendalami makna peranan ini dengan pembahagiannya kepada ’set of role’ yg mana seseorang individu memiliki beberapa peranan yang berbeza dalam situasi yg tertentu. Misalnya peranan Abu sebagai doktor bila bertemu pesakitnya, peranan beliau sebagai suami bila berjumpa Minah dan peranannya sebagai Ayah bila bertemu Ahmad.
Kefahaman ini juga memberi penjelasan berkaitan dengan ’peranan’ yang dibawa oleh para panel ketika forum ’Drakonionkah Akta Hasutan’. Ketika forum berlangsung, mereka ini dipanggil dengan peranan ’peguam bela & peguam cara’ bagi Tuan Khairul Azam (Buzze Azam) dan sama juga halnya dengan DS Noh Omar.
UKM dan AUKU sendiri melarang mana-mana individu menggunakan set peranan ’politik luar’ ke dalam kampus. Tetapi masih ada set peranan lain yang dibenarkan baik dari badan eksekutif ataupun ’judiciary’. Maka jelas bahawa pembawaan Aspirasi dalam forum tersebut tidak melibatkan politik luar sebagaimana fitnah dan propaganda yang dibawa oleh sahabat-sahabat Gabungan Haram GMUKM.
Wahai mahasiswa, anda bijak berfikir dengan peranan sebagai ’mahasiswa’. Usah bersikap partisan sehingga menolak prinsip ilmu.

"Pendaulat Sebuah Perjuangan"

Anis Anwar bin Suhaimi,
Majlis Perwakilan Pelajar 13/14,
Universiti Kebangsaan Malaysia.