KENALI ASPIRASI UKM
Uncover The Truth #02 [5 November 2014]
Kadang-kadang kesilapan manusia ini jelas menguji kesabaran kita dalam bertutur tetapi akal dan iman yang dikurniakan Ilahi ini mengharmonikan kecelaruan dan perselisihan dalam masyarakat. Kita bedah 1 per 1.
1) Bekas NYDP ini mengatakan wujud kelompok yang memberikan tentangan hebat terhadap penggunaan nama PMUKM dek kerana menafikan sejarah penubuhan. Permainan fitnah ini tidak akan berlaku sekiranya beliau pernah membaca artikel dalam Salah Laku GMUKM yang menghujah secara akademik berkaitan penggunaan nama MPPUKM dan juga YDP berbanding PMUKM & Presiden tanpa menafikan sejarah pencapaiannya.
2) MPPUKM merujuk kepada institusi keselurhannya MPP dan PMUKM itu badan eksekutif yang menjalankan pentadbiran. Saya bukan ingin bermain dengan istilah tetapi perlu fahami makna perkataan tersebut. MPP ini merujuk kepada Majlis manakala PMU merujuk kepada Persatuan Mahasiswa. Dua kata ini adalah merupakan entiti yang jelas merujuk kepada institusi yang menjadi badan eksekutif tersebut. Bezanya Majlis dan PM adalah skop kuasa dan kapasiti yang berbeza. Namun perkara ini tidak menjadi masalah sekiranya PM ini bererti Pemimpin Mahasiswa berbanding Persatuan Mahasiswa.
3) Pelantikan jawatan utama. Kalau diteliti penulisan beliau, wujud usaha mengelirukan mahasiswa dengan terus mengisukan pelantikan jawatan utama tersebut tanpa mampu menghuraikan perbezaan tadi dgn lebih mendalam. Namun pelantikan utama ini tiada masalah kerana sememangnya peruntukan.
4 Kaedah falasi pemikiran telah digunakan dengan melompat-lompat dari isu nama PMUKM - Jawatan utama - penubuhan biro. Bilamana mengatakan peranan biro ini mampu memberi fokus kepada masalah tertentu dan dapat diselesaikan melalui meeting, saya tertanya-tanya. Benarkan itu praktisnya? Sesiapa yang datang ’AGM PMUKM’ hari itu, pasti anda lihat sebenarnya keadaan sebenar adalah sebaliknya kerana biro hanya menumpukan kpd pelaksanaan program berbanding penyelesaian masalah kebajikan dan isu kebajikan telah dipusatkan kpd biro kebajikan. Mungkin beliau terkesan dengan komen saya sehingga ingin ’cover’ tetapi dapat dibedah juga.
4.5) Oleh sebab itu, saya menekankan bahawa MPPUKM perlu kembali kepada tugas hakiki dan bukannya pembentukan biro yang berbeza semangatnya dari Perlembagaan UKM. Bahkan JIKALAU benar sekalipun, tiada outline work yang menggariskan tugas biro dan kelemahan itu dilontarkan kepada kami secara berkias walaupun hakikatnya panggilan mesyuarat itu dilakukan secara tergesa-gesa dan tidak menimbang tara jadual ahli yang lain.
"Pendaulat Sebuah Perjuangan"
Anis Anwar bin Suhaimi,
Majlis Perwakilan Pelajar 13/14,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Majlis Perwakilan Pelajar 13/14,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Search
Logo Rasmi
Manifesto Perubahan
Entri Popular
-
Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam merupakan satu biasiswa yang amat di tunggu-tunggu oleh pelajar yang memohon..namun sehingg...
-
Kredibiliti seorang mahasiswa yang menunjangi kepimpinan tertinggi untuk menaungi keseluruhan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia ...
-
MPP U K M 2013/2014 yang pro- Aspirasi Mahasiswa menerima banyak aduan dan permasalahan mengenai sistem pembayaran yuran melalui penggun...
-
Aspirasi Mahasiswa menyokong penuh usaha pencarian Felo Muda Dakwah oleh Pihak Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) . Aspiras...
Aspirasi UKM. Powered by Blogger.