KENALI ASPIRASI UKM

On 02:55 by Unknown

Welcome Thumb

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sukacita dimaklumkan pelajar tahun satu di Universiti Kebangsaan Malaysia adalah DIWAJIBKAN untuk membuat penilaian Instrumen Malaysian Soft Skills Scale (MY3S) ini menerusi online pada laman web http://jpt.mohe.gov.my/my3s mulai 21 November 2013 sehingga 2 Disember 2013 yang dijalankan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi ini.


Penulis sempat untuk membaca seketika latarbelakang MY3S ini. Ada eloknya untuk dikongsikan bersama agar kita semua lebih memahami secara asas tetang penilaian instrumen ini.

Latarbelakang My3S


Kemahiran insaniah atau soft-skills merupakan kemahiran generik yang merentasi pelbagai domain pembelajaran merangkumi aspek keperibadian dan kerja berkumpulan. Selaras dengan kepentingannya, Kementerian Pengajian Tinggi telah memperkenalkan Kemahiran Insaniah yang perlu diterapkan kepada para pelajar di institusi pengajian tinggi.

Terdapat tujuh elemen utama Kemahiran Insaniah yang diperkenalkan iaitu kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, moral dan etika profesional dan kemahiran kepemimpinan.


:: MEMUPUK BUDAYA KOMUNITI VARSITI YANG IDEAL ::