KENALI ASPIRASI UKM

On 04:33 by Unknown
Sedar tidak sedar, semester 1 2013/2014 telah meninggalkan kita dan kini berlalulah musim cuti, waktu yang paling dinanti-nantikan oleh keseluruhan pelajar universiti terutamanya mahasiswa/wi Universiti Kebangsaan Malaysia. Penulis ingin berkongsi beberapa kenangan yang berlaku semasa minggu ulang kaji (study week) di mana MPPUKM 2013/2014 Pro- Aspirasi Mahasiswa telah berusaha untuk melakukan tindakan produktif bagi memberi semangat kepada kita semua ketika itu.

Atas inisiatif mereka, Air Zam-zam sebanyak 40 liter, 2 Kg Kismis dan ratusan keping risalah Aspirasi Mahasiswa telah diedarkan kepada mahasiswa/wi UKM.



Walaupun ketika itu telah bermulanya study week, tetapi jiwa yang prihatin terhadap bukan sahaja aspek fizikal, tetapi aspek rohani dan emosi ialah jiwa pejuang yang telah dipilih oleh majoriti pengundi PRK yang lepas. Antara tempat yang telah diedarkan seperti PTSL

Mengisi Air Zam-zam sebelum diedarkan
MPPUKM Noraini memberikan Air Zam-zam

MPPUKM Anis telah menyediakan Air Zam-zam

MPPUKM Pro Aspirasi Mahasiswa bersama Anda

Bukan sekadar itu sahaja, bahkan UKM-KL juga tidak dilupakan oleh mereka hingga sanggup bersusah payah untuk datang ke UKM-KL demi penghargaan terhadap sebuah keluarga dari varsiti tercinta.

2 MPPUKM Pro A.M bersama-sama dengan MPPUKM Pro A.M di KTSN

Mereka juga telah bersiap sedia untuk mengagihkan makanan sunnah tersebut demi rasa tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh anda semua.




                          



Walaupun tindakan MPPUKM 2013/2014 ini tidak lah seberapa tetapi diharapkan ketika minggu peperiksaan yang lepas telah membantu rakan-rakan mahasiswa/wi UKM ke arah kecerlangan dengan motivasi Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan.

Tatkala masa berlalu, manfaatkan lah masa yang terluang dengan sebaiknya dan semoga kita berjumpa lagi pada semester yang seterusnya.






:: MEMUPUK BUDAYA KOMUNITI VARSITI YANG IDEAL ::