KENALI ASPIRASI UKM

On 22:22 by Unknown
“Nilai Mahasiswa?”- 11/12/13

         Dalam dunia yang berbeza acuannya mengikut zaman dan dan peradapan yang wujud, maka cetusan bagi melahirkan “komuniti varsiti yang ideal” perlulah berteraskan kepada konsep holistik ataupun menyeluruh. 11/12/13 adalah tarikh yang cukup strategik dan bersejarah buat saya, Noraini Jahudal selaku Ketua Pengarah bagi program “Mahasiwa Masuk Parlimen” di bantu oleh dua timbalan ketua pengarah iaitu Ehsan Fitri dan juga Anis Anwar merupakan satu peluang yang baik utuk di manfaatkan.

Program ini merupakan program Anjuran Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Sekretariat Pembangunan Akademik dan Inovasi serta Aspirasi Mahasiswa. Seramai 100 orang mahasiswa yang terlibat dalam program ini merupakan satu cabaran dan kritikal untuk di tempuh.



Melihat persidangan secara langsung di dewan Negara dan seterusnya sesi ramah mesra dan juga soal jawab bersama senator YB Mohamad Ezam Mohd Nor. Antara input yang cuba di sampaikan oleh yang berhormat YB Ezam ialah mengenai “nilai mahasiswa”. Saya cukup tertarik apabila beliau berbicara mengenai “nilai mahasiswa” ini tiada tandingan, kerana bagi beliau suara mahasiswa adalah yang suara yang perlu dalam arena sesuatu isu kerana mahasiswa berjuang atas nama Negara yang ingin mengekalkan asas-asas Negara dan bukannya sebagai individu yang berkepentingan. Mahasiswa sekarang haru berkeyakinan dalam memperjuangkan sesuatu masalah dan percaya dengan apa yang di perjuangkan. Setiap perjuangan perlulah ada ilmu dan juga fakta agar tidak wujud prsepsi yang di manipulasi.

Hakikatnya, dunia tidak ikhlas, segala kejahilan yang berlaku, peranan mahasiswa adalah teras perjuangan kerana lahirnya sebagai seorang pemikir dan juga berpendidikan harus dapat membezakan tindakan yang bijak ataupun sebaliknya.

Bergambar di Pejabat Yang Dipertua Negara
Selepas sesi ramah mesra dan soal jawab, kami di beri peluang untuk melawat pejabat Yang Dipertua Negara. Program ini bukan semata-mata lawatan untuk melihat suasana apa yang berlaku semasa di Bangunan Parlimen Malaysia, tapi ia memberi gambaran bahawa sifat kepunyaan itu perlulah di adaptasikan dalam erti perjuangan yang bermakna mengekalkan asas-asas Negara dalam mencorak pembangunan yang lebih maju.




:: Memupuk Budaya Komuniti Varsiti yang Ideal ::










NORAINI JAHUDAL
MPPUKM UMUM 1/2 
SESI 2013/2014  
On 04:40 by Unknown
Pada minggu ini, warga UKM telah dikhabarkan dengan berita yang menduka citakan apabila Semenanjung Malaysia telah dilanda bencana. Bencana banjir yang berlaku di Terangganu, Pahang dan Johor semakin buruk dan ini amat membimbangkan masyarakat Malaysia khususnya mahasiswa/wi UKM yang memiliki keluarga di negeri-negeri tersebut. (Berita Awani)

Aspirasi Mahasiswa berasa terpanggil untuk membantu mahasiswa/wi UKM yang terlibat bagi meringankan beban yang dialami oleh anda sekeluarga. Sehubungan dengan itu, Saudara Anis Anwar bin Suhaimi Majlis Perwakilan Pelajar Umum 1/2 (MPPUKM) 13/14 telah mengambil inisiatif untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan bantuan yang dapat disalurkan oleh Unit Kebajikan Pelajar (UKP) kepada warga UKM yang terlibat.


Borang Tabung Kebajikan Pelajar:


Aspirasi Mahasiswa juga mencadangkan kepada Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kerohanian & Sivik untuk bersama-sama mengimarahkan kolej kediaman masing-masing dengan solat hajat secara istiqamah.

:: Aspirasi Mahasiswa Prihatin ::
On 23:26 by Unknown
Surat Yang Diterima oleh Unit Kebajikan Pelajar


Program: Majlis Ramah Mesra & Penyampaian Pingat Tunku 2012
Tarikh :   12 Disember 2013 (Khamis)

Dengan ini sukacita dimaklumkan bahawa senarai berikut telah berjaya terpilih untuk menghadiri majlis ini.

1) Fatin Nor Fatihan Sa'aid (FST)                 16) Mohd Akbal Qamas Abdul Basir (FSSK)
2) Asmie Binti Amin (FPI)                              17) Muhammad Zareq Zainal (FSSK)
3) Ikhwan A'zim Ishak (FSSK)                      18) Nazatulmira Mohd Sapari (FSSK)
4) Nur Shahirah Azni bt Hashim (FSSK)      19) Muhammad Adli Imran Arzemi (FSSK)
5) Wan Nur Fazielah Wan Malek (FSSK)    20) Putri Patma Sari Ridwan (FPEND)
6) Noviatin Syarifuddin (FSSK)                     21) Rohaizilin Yusuf (FPI)
7) Fatin Raihana Kamaruddin (FST)             22) Norashikin Zakariya (FSSK)
8) Musni Awatif Mustaffar (FSSK)              23) Siti Norsalihah Zulkarnain (FPEND)
9) Al-Muhdi b Sawal (FPEND)                     24) Rozaina bt Mazrah (FSSK)
10) Siti Solehah Abdul Razak (FPEND)       25) Nor Amirah Zoolkepli (FSSK)
11) Norsuriati binti Md Noor (FST)             26) Nor Alizah Amirul (FEP)
12) Norhathirah Husin (FST)                        27) Nor Farhana Jonaidi (FSSK)
13) Amirul Amin Ab. Latif (FSSK)               28) Tan Guan Hao (FKEJ)
14) Norainina Saffie (FSST)                         29) Nazatul Shima Ahmad (FSSK)
15) Noor Nabilah Mansor (FSSK)               30) Nurul Huda Mohamed (FSSK)

Semoga anda semua dapat menghadiri ke Majlis Ramah Mesra & Penyampaian Pingat Tunku 2012. Kepada rakan-rakan yang mengenali senarai nama ini, silakan share dan maklumkan kepada mereka.

" MEMUPUK BUDAYA KOMUNITI VARSITI YANG IDEAL "

On 20:31 by Unknown


Aspirasi Mahasiswa menyokong penuh usaha pencarian Felo Muda Dakwah oleh Pihak Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Aspirasi Mahasiswa melihat bahawa kriteria yang dikenakan oleh pihak penganjur bagi pencarian bakat ini adalah bersifat kontemporari tetapi holistik.

Modenisasi dunia pada hari ini tidak lagi mampu menerima kaedah penyampaian yang tradsional bahkan perlu mendapat nafas baru dan pada waktu, terdapat pelbagai organisasi-organisasi agama (Islam) telah mengambil inisiatif untuk melahirkan generasi Q dan YADIM turut terlibat dalam usaha ini.

Maka, Aspirasi Mahasiswa dengan berbesar hati menggalakkan agar mahasiswa-mahasiswI UKM mampu mengambil cabaran ini bukan sahaja untuk mencungkil bakat sendiri bahkan memberi kebaikan sinar mutiara ini kepada masyarakat di sekeliling.

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنْ الْمُسْلِمِينَ

“Siapakah yang terlebih baik perkataannya dari or­ang yang menyeru kepada Allah (agamaNya) dan beramal soleh.”                                                                                                                (Fussilat 41: 33)

" MEMUPUK BUDAYA KOMUNITI VARSITI YANG IDEAL "





On 00:47 by Unknown


PENGEDARAN KAD MASUK PEPERIKSAAN DAN JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN (KMJP) SEMESTER I SESI AKADEMIK 2013-2014


Peperiksaan akhir Semester I Sesi Akademik 2013-2014 akan bermula pada 2 hingga 17 Januari 2014.

Sehubungan ini, saudara/i diminta mengambil Kad Masuk Peperiksaan dan Jadual Peperiksaan (KMJP) di Pejabat Dekan Fakulti masing-masing mulai 4 Disember 2013. Sekiranya KMJP anda tiada di Pejabat Dekan Fakulti, sila datang ke Kaunter Bahagian Pengurusan Akademik untuk mendapatkannya. Saudara/i diingatkan bahawa kad KMJP hendaklah dibawa bersama semasa menduduki peperiksaan. Pelajar yang gagal menunjukkan kad KMJP tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.

MEMUPUK BUDAYA KOMUNITI VARSITI YANG IDEAL